Jumat, 18 Juni 2010
Syurga Cinta
Penerbit: David Teo
Pengarah: Ahmad Idham
Syarikat Penerbit: MIG Production Sdn. Bhd
Kategori: Film Cerela
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Keluarga
Format: 35 mm
Klasifikasi: U--Untuk tontonan umum
Tarikh Tayang: 21 Mei 2009
Krew Filem:
Raja Mukhriz: Pengarah Fotografi
Reanna: Pembantu Pengarah
Iqbal Mydin: Pengurus produksi
Ollynn: Pengarah seni
Mohd Zaini: Jurusolek Artis
Brian Ng (Kang): Pereda Bunyi dan Muzik
SINOPSIS FILM SYURGA CINTA
Irham berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iautu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lekai yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis modern namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru Bahasa Melayu di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dala menjayakan "misi" nya. Melihat "ketulusan" Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhada terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih sayang. Irham pula sedikit sebanyaks ebanding oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggung jawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggung jawabnya sebagai orang Islam seperti mendirikan sholat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahwa dia cuma "suka-suka" dan buaknnya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenarnya terhadap Syuhadah
Sumber:
http://www.budiey.com/sinopsis-poster-trailer-sneak-preview-dan-inf0-syurga-cinta/
Ada banyak pelajaran yang bisa diambil dari film ne. Yang jelas jangan jadikan cinta sebagai taruhan ya :)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar on "Syurga Cinta"
Posting Komentar